PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Surah al-Baqarah
Ayat 180
(Wasiat)

“Diwajibkan keatas kamu apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”



Surah al-Baqarah
Ayat 240
(Wasiat untuk isteri dan muta’ah)

„Dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “

Thursday, May 6, 2010

Frequent Ask Questions (FAQ)

Soalan Biasa Yang Sering DiTanya..Dan Akhirnya Mereka Bersetuju Dengan Jawapan Yang Diberikan Dan Terus Join PruBSN Takaful...

1. Saya tidak perlukan insurans nyawa kerana sudah ada insurans company!

# Memang kebanyakan daripada kita mempunyai insurans dari company dari tempat kita berkerja,tetapi pernahkah anda bertanya kepada company anda berapa maximun anda boleh gunakan dari insurans company. Selalunya maximun kegunaan bagi insurans company adalah dari RM 5000 - RM 10000.
Cth: Jikalau Bil perubatan anda 20K anda terpaksa menaggungnya sendiri bagi baki 15k tersebut.

# Pernahkah anda terfikir jikalau anda bertukar kerja atau diberhentikan kerja, tiba-tiba anda diserang penyakit, Insurans company lama anda tidak akan cover anda lagi. Pernahkah anda terfikir bahawa insurans company tidak menjamin anda sepenuhnya?

2.Saya akan ambil personal insurans bila dah nak pencen sebab saya rasa diri saya tidak akan sakit semasa muda!

# Anda perlu tahu bila anda mengambil personal insurans diwaktu tua bayarannya sangat tinggi berbanding jika anda mengambil pada usia masih muda. Akhirnya anda tidak akan mengambilnya dan bila sakit akan masuk ke hospital kerajaan. Bila layanan kurang memuaskan anda complain sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar.

Jadi..Renung-Renungkanlah. Bertindak Sebelum Terlambat! Bak Kata Orang Tua-Tua:


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..

Jadi..Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful?

1. Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga

2. Suatu bentuk simpanan dan pelaburan jangka panjang

3. Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda

4. Menolong mereka yang dalam kesusahan (Konsep Takaful)

5. Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam

6. Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya

Adakah Kita Mahu Jadi Sebegini..........???

Protect Yourself 1st!

Testimoni Peserta PruBSN Takaful

Info Kes : Batu Karang Dalam Buah Pinggang
Hospital : Subang Jaya Medical Centre
Symptom : Loya dan muntah2. Hilang selera makan disebab terdapat angin dalam perut
(sbu perut).Muka menjadi pucat dan badan menjadi tak bermaya hingga boleh
menjadi pitam.
Maklumat Rawatan : Pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggang.
Kos Rawatan : RM 23,000 ++ (Termasuk rawatan susulan) (Semua bill dibayar oleh
Prudential - Medical Card)
Elaun Hospital : RM 4150 (termasuk elaun bedah)
Premium Bulanan : RM 150 Sahaja!

Friday, April 30, 2010

DEFINISI TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan Hukum Syariah.
Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi tujuan itu.
Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bermaksud untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang member makna memelihara dan menjaga.
Pada asasnya, system takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan saling membantu dikalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan dikalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama).

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam diantara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan pada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling lindung-melindungi antara satu sama lain.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
1- Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain”
Riwayat Imam Ahmad & Imam Abu Daud
2- Dalil Tanggungjawab:
“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesame mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim
3- Dalil saling melindungi:
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim
Berdasarkan hadith-hadith di atas juga, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan kensep takaful sebagai kaedah terbaik memenuhi tuntutan ini.

Thursday, April 29, 2010

PERBEZAAN DIANTARA TAKAFUL & INSURANS

Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah. Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi pesert-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntuan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul, sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional dimana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.
Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan Syariah. Apa yang membezakannya ialah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak. Ulama’ telah sepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkina bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak Syariah melalui takaful.

Takaful vs. Insurans Konvensional


Sumber:
Buku Panduan ASAS Takaful
Cetakan Kedua 2009
Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)

FALSAFAH TAKAFUL

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta member sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru’ dimana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta didalam pelan/skim takaful yang berkenaan.
Sumbangan atau caruman takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan berbakti atau membantu insan lain yang lebih memerlukan.
Dalam erti kata lain, takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat diantara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugiaan yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian, kemalangan dan sebagainya yang menimpa dikalangan mereka. Dengan ini, semangat takaful menekankan kepada kepentingan antara peserta. Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud dikalangan peserta takaful.

RISIKO DAN TAKAFUL

Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya. Untuk membantu mana-mana ahli masyarakat yang mengalami kemalangan atau kerugian, satu kaedah berkongsi risiko yang berdasarkan konsep tabarru’ diperkenalkan melalui system takaful.

Sistem takaful adalah sebagai suatu jalan ikhtiar bukan bererti melawan takdir atau tidak percaya kepada qada’ dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman – jauh sekali daripada mencabar ketentuan Allah swt. Sebaliknya perbuatan berserah semata-mata tanpa berikhtiar adalah bertentangan dengan tuntutan Islam.
Apabila kita membaca sirah Rasulullah s.a.w. kita juga dapati baginda membuat perancangan untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya; dan ini bukan bermakna baginda tidak bertawakkal kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu; „Aku bertawakkal kepada Allah“. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda; „Tambat unta kamu dulu, kemudian bertawakkal kepada Allah“.
Jawapan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah s.w.t. Melalui peristiwa ini, baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang diluar kemampuan kita kepada Allah s.w.t. Inilah pengertian sebenar Tawakkal kepada Allah s.w.t.
Melalui kaedah Takaful yang merupakan salah satu jalan ikhtiar untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke atas diri kita dan keluarga. Amalan ini amat dituntut dalam Islam kerana Islam amat mengutamakan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang member keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia”.
Hadith Riwayat Ibnu Majjah

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain), dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya dari penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid berbulan lamanya”.
Hadith Riwayat al-Tabrani

KISAH NABI YUSUF A.S

Kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para Rasul. Sebagai contoh, kisah Nabi Yusuf a.s. memberikan kita pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan.
Kisah Nabi Yusuf a.s. membuat perancangan untuk Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama 7 tahun patut diteladani dan dicontohi. Hal ini kerana al-Quran tidak akan menceritakan kisah ini hanya untuk bacaan semata-mata.
Nabi Yusuf a.s. pandai mentafsir mimpi menunjukkan anugerah Allah kepada hamba-Nya. Kepandaian Nabi Yusuf a.s. dalam mentafsir mimpi diketahui Raja Mesir dan dia dipanggil menghadap untuk tujuan itu. Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran:
Dalam Surah Yusuf, ayat 43-49, Allah menggambarkan contoh usaha manusia membentuk system proteksi menghadapi kemungkinan yang buruk di masa akan dating. Secara ringkas, ayat ini bercerita tentang pertanyaan Raja Mesir tentang mimpinya kepada Nabi Yusuf a.s. Dimana raja Mesir telah bermimpi melihat 7 ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi yang kurus, dan dia juga melihat 7 tangkai gandum yang hijau berbuah serta 7 tangkai yang merah mongering tidak berbuah.
Nabi Yusuf a.s. dalam hal ini menjawab supaya mereka bercucuk tanam 7 tahun dan dari hasilnya hendaklah disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu akan datang 7 tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang telah mereka simpan untuk menghadapi masa sulit tersebut, kecuali sedikit dari apa yang disimpan.
Surah Yusuf juga menceritakan bagaimana bapanya, Nabi Ya’akub a.s. telah membuat perancangan untuk mengurangkan risiko dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya,
“Dan Ya’akub berkata: Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nyalah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya sahaja orang-orang yang bertawakkal berserah diri”
Surah Yusuf (12) : 67
Ayat-ayat ini perlu difahami dan dijadikan panduan supaya kita sentiasa bersedia dengan sesuatu perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ia juga menghuraikan bahawa dengan perancangan yang baik dan pengurusan teratur, sesuatu sumber itu dapat dioptimumkan manfaatnya bagi perancangan masa depan.
Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap gemar berhutang berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kredit (kad kredit) yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.
Terdapat beberapa bentuk simpanan yang boleh dibuat iaitu menyimpan secara tetap setiap bulan (contoh potongan gaji), simpanan penggunaan iaitu membeli barangan tahan lama, menyimpan secara tabungan khusus melalui caruman takaful, potongan KWSP dan skim pencen, menggunakan hanya wang kertas dan wang syiling dikumpulkan dan sebagainya.
Melalui Takaful kita Cuma merancang dan mengambil langkah untuk menjaga diri kita, atau anak isteri kita daripada sebarang kemungkinan di masa depan. Janganlah kita salahkan takdir apabila sesuatu malapetaka berlaku kepada kita terutama apabila kita tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripadanya.
Bak kata pepatah melayu:

„Sediakan Payung Sebelum Hujan“

KEPENTINGAN MERANCANG KEWANGAN DALAM ISLAM

Setiap insan mengimpikan kehidupan baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang.
Untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan, rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati. Maka sewajarnyalah hadis ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan perancangan kewangan yang bijak.
Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.
Amalan menabung antaranya merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

„Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti“
Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim

KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Manusia tidak dapat meramal atau menentukan secara tepat masa depannya. Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia cuma akan tercapai dengan izin Allah swt. Namun demikian, ini tidaklah bermakna bahawa kita tidak boleh atau tidak perlu merancangkan setiap kegiatan dan tindakan kita. Setiap hari kita tidak dapat mengelakkan diri daripada membuat sesuatu rancangan. Setiap hari kita berharap dan berdoa supaya kita selamat daripada bahaya.
Setiap hari kita membuat pelaburan untuk masa depan kita. Bahkan kita juga membuat persediaan untuk akhirat dengan mengerjakan amal ibadat dan hidup sebagai seorang Islam. Tetapi sebagai orang Islam, kita tahu dan kita terima bahawa apa yang dirancangkan oleh kita belum tentu akan terlaksana. Terlaksana atau tidaknya rancangan kita, ditentukan oleh Allah swt. Demikian juga kita tidak merancang, tidak mengatur langkah, sengaja cuai untuk menjaga diri, maka kemungkinan kita menerima akibat yang buruk adalah lebih besar. Meskipun demikian jika tidak ditentukan oleh Allah swt. maka terselamat juga kita daripada bahaya.

RISIKO DARI PERSPEKTIF ISLAM

Di dalam Islam, penumpuan tidak hanya diberikan dalam perkara Ibadat semata-mata, malahan aspek urus tadbir sesama manusia (Muamalat) juga diberikan perhatian yang tegas dan serius. Aspek Muamalat cukup dipentingkan dalam ajaran Islam bukan sahaja sebagai asas dalam mengatur kehidupan manusia yang aman, tenteram, adil, saksama, bahagia bahkan bagi memastikan urus tadbir sesama manusia dalam urusan politik, sosial, pembangunan ekonomi, perundangan dan sebagainya, semuanya sepadan dengan kehendak dan peraturan Maha Pencipta.
Ajaran Islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya untuk mencipta sesuatu perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia tetapi perlulah bertepatan dengan prinsip dan kehendak syariah Islam. Ini termasuklah dalam urusan perlindungan risiko. Walaubagaimanapun, sistem perlindungan risiko tersebut perlulah diuruskan mengikut lunas dan prinsip yang telah diputuskan oleh Syara‘ atau dengan kata lain ianya mestilah sejajar dengan kehendak Allah swt., barulah kita bakal memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi sekaligus.

Wednesday, April 28, 2010