Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah. Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi pesert-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntuan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul, sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional dimana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.
Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan Syariah. Apa yang membezakannya ialah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak. Ulama’ telah sepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkina bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak Syariah melalui takaful.
Takaful vs. Insurans Konvensional
Sumber:
Buku Panduan ASAS Takaful
Cetakan Kedua 2009
Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)
No comments:
Post a Comment