PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Surah al-Baqarah
Ayat 180
(Wasiat)

“Diwajibkan keatas kamu apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”



Surah al-Baqarah
Ayat 240
(Wasiat untuk isteri dan muta’ah)

„Dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “

Friday, April 30, 2010

DEFINISI TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan Hukum Syariah.
Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi tujuan itu.
Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bermaksud untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang member makna memelihara dan menjaga.
Pada asasnya, system takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan saling membantu dikalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan dikalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama).

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam diantara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan pada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling lindung-melindungi antara satu sama lain.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
1- Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain”
Riwayat Imam Ahmad & Imam Abu Daud
2- Dalil Tanggungjawab:
“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesame mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim
3- Dalil saling melindungi:
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim
Berdasarkan hadith-hadith di atas juga, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan kensep takaful sebagai kaedah terbaik memenuhi tuntutan ini.

No comments:

Post a Comment