PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Surah al-Baqarah
Ayat 180
(Wasiat)

“Diwajibkan keatas kamu apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”



Surah al-Baqarah
Ayat 240
(Wasiat untuk isteri dan muta’ah)

„Dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “

Thursday, April 29, 2010

KISAH NABI YUSUF A.S

Kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para Rasul. Sebagai contoh, kisah Nabi Yusuf a.s. memberikan kita pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan.
Kisah Nabi Yusuf a.s. membuat perancangan untuk Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama 7 tahun patut diteladani dan dicontohi. Hal ini kerana al-Quran tidak akan menceritakan kisah ini hanya untuk bacaan semata-mata.
Nabi Yusuf a.s. pandai mentafsir mimpi menunjukkan anugerah Allah kepada hamba-Nya. Kepandaian Nabi Yusuf a.s. dalam mentafsir mimpi diketahui Raja Mesir dan dia dipanggil menghadap untuk tujuan itu. Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran:
Dalam Surah Yusuf, ayat 43-49, Allah menggambarkan contoh usaha manusia membentuk system proteksi menghadapi kemungkinan yang buruk di masa akan dating. Secara ringkas, ayat ini bercerita tentang pertanyaan Raja Mesir tentang mimpinya kepada Nabi Yusuf a.s. Dimana raja Mesir telah bermimpi melihat 7 ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi yang kurus, dan dia juga melihat 7 tangkai gandum yang hijau berbuah serta 7 tangkai yang merah mongering tidak berbuah.
Nabi Yusuf a.s. dalam hal ini menjawab supaya mereka bercucuk tanam 7 tahun dan dari hasilnya hendaklah disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu akan datang 7 tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang telah mereka simpan untuk menghadapi masa sulit tersebut, kecuali sedikit dari apa yang disimpan.
Surah Yusuf juga menceritakan bagaimana bapanya, Nabi Ya’akub a.s. telah membuat perancangan untuk mengurangkan risiko dengan memberi pesanan kepada anak-anaknya,
“Dan Ya’akub berkata: Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nyalah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya sahaja orang-orang yang bertawakkal berserah diri”
Surah Yusuf (12) : 67
Ayat-ayat ini perlu difahami dan dijadikan panduan supaya kita sentiasa bersedia dengan sesuatu perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ia juga menghuraikan bahawa dengan perancangan yang baik dan pengurusan teratur, sesuatu sumber itu dapat dioptimumkan manfaatnya bagi perancangan masa depan.
Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap gemar berhutang berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kredit (kad kredit) yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.
Terdapat beberapa bentuk simpanan yang boleh dibuat iaitu menyimpan secara tetap setiap bulan (contoh potongan gaji), simpanan penggunaan iaitu membeli barangan tahan lama, menyimpan secara tabungan khusus melalui caruman takaful, potongan KWSP dan skim pencen, menggunakan hanya wang kertas dan wang syiling dikumpulkan dan sebagainya.
Melalui Takaful kita Cuma merancang dan mengambil langkah untuk menjaga diri kita, atau anak isteri kita daripada sebarang kemungkinan di masa depan. Janganlah kita salahkan takdir apabila sesuatu malapetaka berlaku kepada kita terutama apabila kita tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripadanya.
Bak kata pepatah melayu:

„Sediakan Payung Sebelum Hujan“

No comments:

Post a Comment