PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Surah al-Baqarah
Ayat 180
(Wasiat)

“Diwajibkan keatas kamu apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”



Surah al-Baqarah
Ayat 240
(Wasiat untuk isteri dan muta’ah)

„Dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “

Thursday, April 29, 2010

RISIKO DAN TAKAFUL

Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya. Untuk membantu mana-mana ahli masyarakat yang mengalami kemalangan atau kerugian, satu kaedah berkongsi risiko yang berdasarkan konsep tabarru’ diperkenalkan melalui system takaful.

Sistem takaful adalah sebagai suatu jalan ikhtiar bukan bererti melawan takdir atau tidak percaya kepada qada’ dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman – jauh sekali daripada mencabar ketentuan Allah swt. Sebaliknya perbuatan berserah semata-mata tanpa berikhtiar adalah bertentangan dengan tuntutan Islam.
Apabila kita membaca sirah Rasulullah s.a.w. kita juga dapati baginda membuat perancangan untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya; dan ini bukan bermakna baginda tidak bertawakkal kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu; „Aku bertawakkal kepada Allah“. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda; „Tambat unta kamu dulu, kemudian bertawakkal kepada Allah“.
Jawapan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah s.w.t. Melalui peristiwa ini, baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang diluar kemampuan kita kepada Allah s.w.t. Inilah pengertian sebenar Tawakkal kepada Allah s.w.t.
Melalui kaedah Takaful yang merupakan salah satu jalan ikhtiar untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke atas diri kita dan keluarga. Amalan ini amat dituntut dalam Islam kerana Islam amat mengutamakan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang member keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia”.
Hadith Riwayat Ibnu Majjah

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain), dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya dari penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid berbulan lamanya”.
Hadith Riwayat al-Tabrani

No comments:

Post a Comment